menu

Pernyataan Privasi

Pernyataan Privasi ini menetapkan butiran data peribadi yang berkaitan dengan anda yang kami kumpulkan melalui laman web Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce dan sebarang tapak dan aplikasi mudah alih yang berkaitan dengan Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce (“Platform”), cara kami akan memproses data itu dan kepada siapa ia mungkin didedahkan. Notis ini juga menerangkan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (“GDPR”) Kesatuan Eropah (EU), berkaitan dengan pemprosesan data anda.

Tentang Kami

ETrawler Unlimited Company t/a Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce, yang pejabat berdaftarnya adalah Classon House, Dundrum Business, Dundrum, Dublin 14, ialah pemilik dan pengendali Platform Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce dan oleh itu adalah pengawal data peribadi yang diterangkan dalam Notis Perlindungan Data ini. Rujukan kepada “kami” dalam notis ini merujuk kepada Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce.
Kami memperkenalkan pelanggan kepada penyewaan kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan darat lain seperti pemindahan bas, kereta api dan teksi (“Pengangkutan”) serta produk dan perkhidmatan berkaitan dengan perjalanan sampingan.
Anda boleh menghubungi kami menggunakan butiran di penghujung pernyataan ini atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel dpo@cartrawler.com.

Data Peribadi yang Kami Proses

Bagi membolehkan kami memproses tempahan Pengangkutan atau tempahan anda untuk sebarang perkhidmatan sampingan, kami akan meminta anda memberikan maklumat tertentu seperti nama anda, alamat, alamat e-mel, maklumat pembayaran dan butiran tempahan. Kami juga mengumpulkan maklumat tertentu daripada peranti yang anda gunakan untuk mengakses Platform kami seperti alamat IP anda, pelayar dan jenis pelayar yang anda gunakan. Tambahan kepada maklumat yang kami kumpulkan, kadang kala kami menerima maklumat yang dikumpulkan oleh pihak ketiga bagi pihak kami, seperti apabila anda melihat iklan Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce yang dipaparkan di laman pihak ketiga.
Kebanyakan data peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda adalah maklumat yang sudah anda berikan kepada kami. Ini mungkin termasuk yang berikut:
• Sebut Harga Pengangkutan - Jika anda ingin mendapatkan sebut harga Pengangkutan, kami akan mengumpulkan nama, alamat e-mel, alamat IP dan rujukan sebut harga anda. Apabila anda menghubungi kami melalui telefon, kami akan mengumpulkan nombor telefon anda dan merekod perbualan anda dengan kami.
• Penolakan E-mel dan Panggilan Telefon -Sekiranya anda memulakan atau tidak melengkapkan tempahan, kami masih akan mengumpulkan maklumat terhad seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon (bergantung kepada kaedah komunikasi anda dengan kami).
• Butiran Tempahan - Apabila anda membuat tempahan dengan kami, kami akan meminta anda memberikan maklumat yang kami perlukan untuk memproses tempahan. Ini termasuk nama anda, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan butiran pembayaran anda.
• Pertanyaan dan Aduan - Sekiranya anda menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami dengan pertanyaan atau aduan, kami akan merekodkan butiran pertanyaan atau aduan tersebut dan cara ia ditangani oleh sistem kami. Kami juga memerlukan butiran lanjut mengenai pertanyaan atau aduan daripada penyedia Pengangkutan berkaitan atau penyedia perkhidmatan yang lain dan maklumat tersebut akan turut direkodkan dalam sistem kami.
• Polisi Insurans - Sekiranya anda mengambil polisi insurans dengan salah seorang rakan insurans kami, kami akan mengumpulkan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, rujukan tempahan, alamat IP dan butiran pembayaran anda untuk memudahkan pembelian polisi insurans anda.
• Produk dan perkhidmatan sokongan yang lain - Sekiranya anda menempah atau membeli sebarang perkhidmatan sampingan yang lain seperti tempat letak kereta, kami akan meminta anda memberikan maklumat yang kami perlukan untuk memproses permintaan anda. Ini termasuk nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, rujukan tempahan, alamat IP dan butiran pembayaran anda.
• Butiran Tempahan Teksi Atas Permintaan
• Jika anda mendaftar untuk aplikasi teksi atas permintaan kami, kami akan mengumpulkan nama anda, alamat e-mel, ID kesetiaan (jika berkenaan) serta kata laluan dan butiran pembayaran anda.
• Apabila anda menggunakan aplikasi teksi atas permintaan kami, kami akan mengumpulkan nama, alamat e-mel dan butiran pembayaran anda. Kami juga akan mengumpulkan data lokasi anda apabila anda menggunakan aplikasi kami dan semasa perjalanan anda.
• Data Lokasi - Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan kami pada peranti mudah alih dan anda menghidupkan perkhidmatan lokasi, kami akan merekodkan lokasi anda untuk membantu anda mencari Pengangkutan tempatan atau perkhidmatan yang lain. Kami juga akan menggunakan alamat IP anda untuk menentukan negara lokasi anda berada apabila anda membuat tempahan.
• Data Program Kesetiaan - Sekiranya anda menyertai Program Kesetiaan kami, cth. MyAccount, kami akan menyimpan butiran nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, nama pengguna, kata laluan dan rujukan sejarah tempahan anda.
• E-mel Pemasaran - Apabila kami mengumpulkan alamat e-mel anda, kami akan merekodkan keutamaan anda mengenai penerimaan e-mel pemasaran daripada kami yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami dan pihak ketiga.
• Kaji Selidik - Sekiranya anda menyertai kaji selidik, kami akan merekodkan respons kaji selidik anda itu bersama dengan nama dan alamat e-mel anda.

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan secara automatik:

Apabila anda menggunakan Platform kami, kami menggunakan pelbagai teknologi untuk merekodkan butiran secara automatik tentang peranti yang anda gunakan dan cara anda berinteraksi dengan Platform. Maklumat ini merangkumi:
• Butiran Peranti - Kami secara automatik mengumpulkan butiran mengenai peranti yang anda gunakan termasuk maklumat tentang alamat IP, ID peranti, pelayar yang anda gunakan dan sistem operasi yang digunakan dalam peranti berkenaan.
• Cara Anda Berinteraksi Dengan Platform Kami - Kami merekodkan butiran tentang cara anda menggunakan Platform kami, cth. tarikh dan waktu anda kunjungi, halaman yang anda kunjungi, tempoh masa anda berada di satu halaman, perkara yang anda klik dalam halaman tertentu dan butiran sebarang kerosakan atau pepijat sistem yang anda hadapi.
• Cara Anda Mengakses Platform - Kami akan merekodkan cara anda sampai ke Platform kami (cth. sama ada anda dibawa melalui enjin carian atau dengan mengklik salah satu iklan kami).

Sumber Data Peribadi

Walaupun kebanyakan maklumat kami kumpul secara langsung daripada anda, terdapat sesetengah keadaan kami mengumpulkan maklumat anda daripada sumber pihak ketiga. Keadaan ini termasuk:
• Pihak Ketiga - Kami mengendalikan program kerjasama dengan pihak ketiga yang mengiklankan Platform bagi pihak kami. Jika anda klik pada satu daripada iklan itu, anda akan dibawa ke Platform kami menggunakan teknologi yang membolehkan kami mengenal pasti pihak ketiga yang merujuk anda. Kemudian kami akan menjejaki sama ada anda membuat tempahan dan jika anda lakukannya, kami akan kaitkan dengan pihak ketiga berkenaan untuk tujuan pembayaran komisen mereka. Walau bagaimanapun, kami tidak memberikan sebarang maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
• Penyedia Perkhidmatan - Sekiranya terdapat sebarang isu dengan Pengangkutan anda atau sebarang perkhidmatan penyedia yang lain, penyedia perkhidmatan akan menghubungi kami dengan maklumat tentang masalah tersebut.
• Pengiklanan - Apabila kami bekerja dengan pihak ketiga untuk memaparkan iklan, kami mungkin menggunakan teknologi seperti kuki atau tag piksel untuk merekodkan butiran interaksi anda dengan iklan tersebut. Kadang kala data ini dihantar kepada kami melalui kuki dan tag piksel yang ditetapkan bagi pihak kami oleh pihak ketiga. Sekiranya data dihantar kepada kami, ia akan dilakukan dengan cara tanpa nama.

Tujuan Pemprosesan dan Dasar Undang-Undang

Tujuan utama kami menggunakan data peribadi anda adalah untuk memproses tempahan anda bagi Pengangkutan dan perkhidmatan sampingan dan untuk menangani sebarang pertanyaan atau isu mungkin timbul berkaitan tempahan tersebut. Kami juga menggunakan data peribadi anda untuk sebab tertentu seperti menyesuaikan iklan dan e-mel pemasaran bagi memastikan ia berkaitan dengan anda dan memantau penggunaan anda bai Platform kami untuk membantu kami membuat penambahbaikan dan menyesuaikan paparan kami.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai pemprosesan kami dan dasar undang-undang yang mewajarkan pemprosesan ini:
• Sebut Harga Pengangkutan - Kami memproses data peribadi anda untuk memberikan sebut harga Pengangkutan anda. Kami memproses data ini berdasarkan perkara yang diperlukan untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum memasuki kontrak Pengangkutan.
• Penolakan E-mel dan Nombor Telefon - Kami memproses data peribadi untuk menghubungi anda dan menjelaskan sama ada anda mengalami sebarang isu semasa membuat tempahan. Kami melakukan ini berdasarkan kepentingan sah bagi memastikan kualiti perkhidmatan pelanggan dan tiada isu dengan Platform kami.
• Tempahan - Kami menggunakan data peribadi anda untuk memproses tempahan dengan kami dan penyedia Pengangkutan dan membolehkan anda menguruskan tempahan anda melalui Platform. Kami memproses data peribadi untuk tujuan ini, kami akan melakukannya sama ada berdasarkan keperluan pelaksanaan kontrak atau berdasarkan kepentingan sah kami dalam menyediakan perkhidmatan tempahan Pengangkutan kami.
• Polisi Insurans / Produk atau Perkhidmatan Tambahan Lain - Sekiranya anda mengambil polisi insurans dengan salah satu rakan insurans kami berhubung dengan tempahan Pengangkutan anda atau menempah perkhidmatan sampingan yang lain, kami memproses data anda untuk memudahkan tempahan perkhidmatan tersebut. Kami memproses data peribadi untuk tujuan ini, kami akan berbuat demikian sama ada berdasarkan pelaksanaan kontrak dengan anda atau berdasarkan kepentingan sah kami dalam menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda.
• Pertanyaan dan Aduan - Apabila anda menghantar pertanyaan kepada kami atau mempunyai aduan mengenai tempahan Pengangkutan atau mengenai sebarang perkhidmatan sampingan lain, kami akan memproses data peribadi anda untuk menjawab pertanyaan anda atau untuk menyelesaikan aduan anda. Kami memproses data peribadi dalam konteks pertanyaan atau aduan dan kami akan berbuat demikian berdasarkan kepentingan sah kami dalam menyelesaikan pertanyaan dan aduan pelanggan. Sekiranya anda sukarela memberikan data berhubung kesihatan anda, kami akan memproses data peribadi berdasarkan asas yang anda dengan jelas membenarkan kami menggunakannya untuk menyelesaikan pertanyaan atau aduan anda.
• Applikasi Tempahan Teksi Atas Permintaan - Kami memproses data anda untuk memudahkan pendaftaran anda dan penggunaan Aplikasi Teksi Atas Permintaan. Ini atas dasar sama ada kami mempunyai kewajipan kontraktual untuk berbuat demikian atau berdasarkan kepentingan sah kami dalam menyediakan perkhidmatan ini kepada para pelanggan kami.
• Program Kesetiaan - Apabila wujud program kesetiaan, kami menggunakan data peribadi anda untuk mentadbir program kesetiaan itu untuk menambah/menolak mata kesetiaan dan memberitahu anda mengenai ganjaran kesetiaan. Kami memproses data ini berdasarkan keperluan untuk pelaksanaan kontrak kami dengan anda.
• Pemasaran E-mel - Kami mengumpulkan alamat e-mel anda dalam konteks menyediakan perkhidmatan kepada anda. Oleh itu, bergantung kepada keutamaan pemasaran yang anda berikan kepada kami, kami boleh menghantar e-mel mengenai produk dan perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik minat anda. Kami menghantar e-mel pemasaran ini berdasarkan kepentingan sah kami dalam pemasaran produk dan perkhidmatan kami.
• Menyediakan dan Menambah Baik Perkhidmatan kami - Kami mengumpulkan data berhubung penggunaan anda bagi Platform dan perkhidmatan kami seperti butiran peranti anda dan cara anda berinteraksi dengan Platform dan perkhidmatan kami, kami menggunakan data ini untuk menyampaikan perkhidmatan kami dan memperibadikan pengalaman anda . Kami juga menggunakan data untuk menguji ciri-ciri baru yang kami mahu diperkenalkan, untuk menganalisis cara Platform kami digunakan dan untuk menilai dan menambah baik perkhidmatan kami. Sebaik mungkin, kami akan menggunakan data ini pada dasar tanpa nama. Semua pemprosesan data peribadi anda adalah berdasarkan kepentingan sah kami dalam operasi, penambahbaikan dan keselamatan perkhidmatan kami.
• Analisis/Pelaporan - Kami menggunakan data berhubung dengan tempahan untuk membuat laporan dalaman mengenai cara perniagaan kami beroperasi. Kami juga menggunakan data ini bagi tujuan analisis komersial yang lain dan cuba untuk meramal trend masa depan yang mungkin mempengaruhi perniagaan kami. Pemprosesan ini dilakukan secara agregat, jadi anda tidak boleh dikenal pasti melalui laporan atau analisis yang dihasilkan.
• Pengiklanan - Kami ingin memastikan apabila anda melihat Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce atau iklan lain, ia adalah relevan dengan anda dan minat anda, sama ada iklan muncul di Platform yang kami beroperasi, dalam e-mel pemasaran kami atau di laman web pihak ketiga. Kami juga mungkin akan menggunakan maklumat yang sama untuk menunjukkan anda iklan produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang dipilih dengan teliti. Apabila anda menggunakan Platform kami, kami menggunakan carian yang anda buat untuk menyesuaikan iklan kami dengan minat anda. Sebagai contoh, jika anda mencari pilihan sewaan kenderaan di Berlin, kami mungkin menggunakan maklumat ini untuk memaparkan iklan kepada anda di Platform kami dan di laman web pihak ketiga untuk kenderaan yang disewa di Berlin yang mungkin menarik minat anda. Kami juga boleh menggunakan data mengenai transaksi anda pada masa lalu di Platform kami untuk menyesuaikan iklan kami. Kami memproses data peribadi anda untuk tujuan ini berdasarkan kepentingan sah kami dalam memastikan iklan kami atau pengiklanan pihak ketiga adalah berkesan.
• Kaji Selidik - Kami memproses data anda berdasarkan persetujuan anda, sekiranya anda bersetuju untuk menyertai kaji selidik ini.

Data Peribadi yang Perlu Anda Berikan Kepada Kami

Anda tidak diwajibkan untuk memberi kami sebarang data peribadi anda. Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat tempahan Pengangkutan atau memanfaatkan perkhidmatan sampingan, anda perlu memberikan maklumat yang diminta pada enjin tempahan kami. Jika anda tidak memberikan maklumat ini kepada kami, kami tidak akan dapat memproses tempahan anda. Begitu juga, anda mungkin perlu memberikan maklumat tertentu jika anda menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami dengan pertanyaan atau aduan. Kami akan memberitahu anda jika maklumat sedemikian diperlukan.

Penerima Data

Untuk memproses tempahan anda, kami perlu menghantar butiran anda kepada penyedia Pengangkutan yang berkaitan. Jika anda menghubungi kami dengan pertanyaan atau aduan berkaitan tempahan, kami juga mungkin berkongsi butiran pertanyaan atau aduan tersebut dengan penyedia Pengangkutan supaya kami dapat menyelesaikannya.
Sekiranya anda membeli perkhidmatan yang lain, kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga supaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan tersebut kepada anda. Jika anda membuat tuntutan polisi insurans, kami mungkin perlu berkongsi data peribadi dengan penaja jamin atau pengendali tuntutan lain yang dilantik.
Sebagai sebahagian daripada program pengiklanan dalam talian kami, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang akan menggabungkannya dengan data tentang anda yang disimpan oleh mereka untuk menyesuaikan iklan yang muncul di laman web pihak ketiga (yang mungkin iklan kami sendiri atau iklan yang kami siarkan bagi pihak pihak ketiga). Apabila data ini dikongsi, ia dilindungi dengan penyulitan atau langkah keselamatan yang lain.
Kami juga menggunakan beberapa penyedia perkhidmatan untuk membantu kami menyediakan perkhidmatan kami, sebahagiannya akan mempunyai akses kepada data anda (cth. kami menggunakan pelbagai penyedia perkhidmatan perisian yang menghoskan data kami sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka). Apabila kami melibatkan pihak ketiga untuk memproses data anda bagi pihak kami, kami memastikan bahawa mereka menghormati hak privasi anda dan memproses data selaras dengan undang-undang perlindungan data. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
• Penyedia Hos - Kami menggunakan pelbagai perkhidmatan awan dan penyedia ko-lokasi untuk membantu kami menghoskan dan menguruskan data kami.
• Pemproses Bayaran - Kami menggunakan pemproses bayaran pihak ketiga untuk membantu kami mengambil pembayaran di Platform kami.
• Penyedia Teknologi - Ini termasuk penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan seperti membantu kami menjaga rangkaian, sistem dan e-mel kami.
• Penyedia Khidmat Pelanggan - Kami menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk menyediakan khidmat pelanggan di luar waktu bekerja.
• Juruaudit - Kami mempunyai fungsi audit dalaman dan luaran yang disediakan oleh pihak ketiga. Juruaudit membantu kami memastikan bahawa kami mematuhi tanggungjawab undang-undang kami termasuk berkaitan dengan cara kami memproses data peribadi. Dalam keadaan tertentu, ini bermakna mereka mempunyai akses kepada sistem kami yang memproses data peribadi atau mereka mungkin perlu menyemak semula cara kami memproses data peribadi tertentu.

Pemindahan Luar Negara

Terdapat keadaan tertentu yang memerlukan kami memindahkan data peribadi anda di luar Kesatuan Eropah ke negara yang tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah sebagai penyedia tahap perlindungan setara bagi data peribadi seperti yang disediakan di Kesatuan Eropah. Keadaan yang paling biasa ialah kami memindahkan data peribadi kepada penyedia Pengangkutan supaya mereka dapat memenuhi tempahan anda. Kami juga boleh memindahkan data peribadi anda di luar Kesatuan Eropah berkaitan dengan operasi perniagaan kami seperti ketika kami menggunakan penyedia perkhidmatan yang berasaskan bidang kuasa yang lain. Sekiranya kami memindahkan data peribadi anda di luar Kesatuan Eropah, kami akan memastikan langkah-langkah yang sesuai diambil bagi melindungi data peribadi anda dan untuk mematuhi tanggungjawab kami di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Ini mungkin termasuk memasuki kontrak dalam bentuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah dengan entiti yang kami sudah memindahkan data peribadi atau memastikan syarikat yang kami pindahkan data peribadi anda bersetuju untuk mematuhi mekanisme pemindahan yang diluluskan, seperti rangka kerja Perlindungan Privasi EU-AS.
Sekiranya anda ingin maklumat terperinci tentang langkah-langkah yang kami ambil berkaitan dengan pemindahan data peribadi anda atau salinan perjanjian yang kami sediakan berkaitan pemindahan, sila hubungi kami menggunakan butiran di bahagian bawah pernyataan ini.

Penyimpanan

Kami menyimpan data peribadi anda mengikut dasar penyimpanan rekod kami. Dasar penyimpanan rekod beroperasi berdasarkan prinsip yang kami menyimpan data peribadi tidak lebih daripada tempoh masa yang bersesuaian dengan tujuan data itu dikumpulkan dan mematuhi sebarang keperluan yang dikenakan kepada kami oleh undang-undang. Ini bermakna tempoh penyimpanan bagi data peribadi anda akan berbeza mengikut jenis data peribadi. Sebagai contoh:
• Data Transaksi - Kami mengekalkan butiran tempahan anda dan interaksi anda dengan kami berkaitan tempahan sedemikian selama tempoh yang diperlukan untuk memudahkan tempahan anda dan menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul. Pilihan pemasaran anda sehingga kami dapat menghantar mesej pemasaran anda dan data sedemikian boleh disimpan seperti perincian di bawah.
• Data Program Kesetiaan - Kami mengekalkan data berkaitan program kesetian selama yang perlu bagi memudahkan pentadbiran program kesetiaan kami.
• Pemasaran E-mel - Kami akan menyimpan salinan data peribadi yang diperlukan untuk menghantar mesej pemasaran anda selagi perlu untuk memudahkan pilihan pemasaran anda. Selain itu, kami juga akan mengekalkan maklumat tertentu berkaitan transaksi anda untuk membolehkan kami menyesuaikan mesej pemasaran kami.
• Menguruskan tuntutan undang-undang - Apabila kami menilai tempoh masa kami menyimpan data peribadi, kami akan mengambil kira sama ada data tersebut diperlukan untuk dibawa atau dipertahankan bagi sebarang tuntutan undang-undang. Jika data tersebut diperlukan, kami boleh menyimpannya sehingga had tempoh undang-undang berkaitan dengan jenis tuntutan yang boleh dilakukan (berbeza antara 2 tahun hingga 12 tahun).

Kuki

Platform ini menggunakan kuki. Kuki adalah fail teks mudah dan kecil yang dihantar dari laman web dan disimpan dalam komputer, tablet atau telefon bimbit anda apabila anda mengunjungi laman web. Maklumat berkaitan dengan kunjungan anda ke laman web direkodkan dalam kuki ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuki yang kami gunakan, sila layari dasar kuki kami.

Laman web yang lain

Platform ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain atau anda mungkin tiba di sini melalui pautan dari laman web lain. Penyataan Privasi ini hanya diguna pakai di Platform ini dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce yang berkaitan dengan Holiday Autos, Argus Car Hire, Dégrifauto & Cabforce di Platform ini. Apabila anda dipautkan ke laman web lain, anda perlu membaca penyataan privasi mereka.

Maklumat Penting mengenai Persetujuan

Anda bebas untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dalam keadaan kami memproses data peribadi anda berdasarkan persetujuan anda. Anda boleh menarik balik persetujuan dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di bawah penyataan ini. Sekiranya persetujuan anda berkaitan dengan menerima pemasaran e-mel, anda boleh menggunakan pautan membatalkan langganan dalam e-mel. Sila ambil perhatian, sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.

Hak Anda

Anda mempunyai hak berikut, dalam keadaan tertentu yang berkaitan dengan data peribadi anda:
• Hak untuk mengakses data - Anda mempunyai hak untuk meminta salinan data peribadi yang kami simpan mengenai anda bersama dengan maklumat lain mengenai pemprosesan data peribadi anda.
• Hak untuk membetulkan - Anda mempunyai hak untuk meminta sebarang data yang tidak tepat mengenai anda dibetulkan atau sekiranya kami mempunyai maklumat tidak lengkap, anda boleh meminta kami mengemas kini maklumat tersebut sehingga lengkap.
• Hak untuk memadamkan - Anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan data peribadi yang kami simpan mengenai anda. Ini kadang kala disebut sebagai hak untuk dilupakan.
• Hak untuk menghadkan pemprosesan atau menghalang pemprosesan - Anda mempunyai hak untuk meminta kami agar tidak memproses data peribadi anda bagi tujuan tertentu atau menghalang kami memproses data peribadi anda bagi tujuan tertentu.
• Hak untuk data mudah alih - Anda mempunyai hak untuk meminta kami memberi kepada anda atau pihak ketiga, salinan data peribadi anda dalam format mesin yang biasa digunakan dan berstruktur yang boleh dibaca.
Untuk melaksanakan sebarang hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan di bahagian bawah pernyataan ini.

Perubahan pada Pernyataan Privasi kami

Kami sentiasa menyemak pernyataan privasi kami ini dan sebarang maklumat kemas kini akan dikongsikan pada halaman web ini.

Pertanyaan dan Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkaitan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh berhubung dengan kami menggunakan butiran hubungan berikut:
Melalui pos: Data Protection Officer (Pegawai Perlindungan Data), Holiday Autos, Classon House, Dundrum Business Park, Dundrum, Dublin 14, Ireland
Melalui e-mel: dpo@cartrawler.com

Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan dengan Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (Irish Data Protection Commission) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Holiday Autos/Argus Car Hire/Dégrifauto/Cabforce. Butiran cara untuk membuat aduan boleh didapati di(https://www.dataprotection.ie/docs/Contact-us/11.htm) atau anda boleh menghubungi Suruhanjaya Perlindungan Data di 353 (0)761 104 800.