menu

TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN ENJIN TEMPAHAN ETRAWLER UNLIMITED COMPANY T/A CARTRAWLER, HOLIDAY AUTOS DAN CABFORCE

PENGENALAN

Enjin tempahan ini dijana oleh teknologi CarTrawler dan ia membolehkan anda menggunakan teknologi CarTrawler untuk menempah kereta sewa atau pengangkutan darat (termasuk namun tidak terhad kepada teksi, khidmat pemindahan dan sewaan kenderaan dengan pemandu, pemindahan peribadi, pemindahan kelas perniagaan, pemindahan kelas pertama, pemindahan dengan bas dan bas mini, pemindahan dengan kereta api, pemindahan kerusi roda dan pemindahan dengan limosin) (“Pengangkutan”) daripada pembekal pengangkutan darat atau kereta sewa pihak ketiga (“Pembekal Pengangkutan”).

Sila baca Terma dan Syarat Penggunaan enjin tempahan CarTrawler (“Syarat Tempahan”) dengan teliti kerana syarat tersebut merangkumi seluruh kandungan enjin tempahan ini. Dengan menggunakan mana-mana bahagian dalam enjin tempahan ini, anda menandakan penerimaan anda kepada Syarat Tempahan (tanpa mengambil kira sama ada anda memilih untuk mendaftar atau menempah Pengangkutan dengan kami atau tidak) dan anda bersetuju (i) untuk menggunakan enjin tempahan ini menurut Syarat Tempahan dan (ii) Syarat Tempahan merupakan perjanjian yang sah antara CarTrawler dengan anda. Jika anda tidak menerima dan/atau tidak bersetuju untuk terikat dengan Syarat Tempahan ini, jangan gunakan dan/atau berhenti menggunakan enjin tempahan ini dengan serta-merta.

Dengan menggunakan enjin tempahan ini, anda mengakui bahawa semua maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berkaitan dengan Pengangkutan, Pembekal Pengangkutan, perjalanan dan percutian yang disiarkan dalam enjin tempahan ini mungkin mengandungi ketidaktepatan dan/atau kesilapan tipografi dan bahawa CarTrawler tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ketidaktepatan atau kesilapan sedemikian.

CarTrawler boleh, menurut budi bicara mutlaknya, meminda Syarat Tempahan ini pada bila-bila masa dengan mengemaskini siaran ini. Sesetengah peruntukan dalam Syarat Tempahan ini mungkin digantikan dengan notis atau terma undang-undang yang dinyatakan dengan jelasnya di laman web tempat anda mengakses enjin tempahan ini.

Syarat Tempahan ini juga merangkumi semua tempahan yang dibuat melalui Pusat Kecemerlangan Pelanggan CarTrawler (CarTrawler Customer Centre of Excellence, “CCE”) dan akan dihantar kepada anda melalui e-mel apabila anda membuat tempahan dengan telefon melalui CCE.

MAKLUMAT MENGENAI KAMI

Enjin tempahan ini dikendalikan oleh Etrawler Unlimited Company, sebuah syarikat berdaftar Ireland yang berurus niaga sebagai CarTrawler, , Holiday Autos dan Cabforce (“CarTrawler” atau “kami”). Kami didaftarkan di Ireland dengan nombor syarikat 93433 dan mempunyai pejabat berdaftar di Classon House, Dundrum Business Park, Dundrum, Dublin 14, Ireland yang juga merupakan alamat perniagaan utama kami. Butiran perhubungan CarTrawler disertakan dalam Baucar atau boleh didapati di www.cartrawler.com.

CarTrawler memudahkan tempahan Pengangkutan dengan memperkenalkan Pembekal Pengangkutan kepada anda melalui enjin tempahan ini. CarTrawler tidak memiliki atau mengendalikan apa-apa Pengangkutan dan bukanlah Pembekal Pengangkutan. Kontrak anda untuk Pengangkutan (“Syarat Pengangkutan”) adalah antara anda dengan Pembekal Pengangkutan, dan CarTrawler bukanlah pihak yang terlibat dalam kontrak ini. Syarat Pengangkutan yang berkenaan boleh diakses melalui enjin tempahan ini apabila anda memilih Pengangkutan yang ditawarkan oleh Pembekal Pengangkutan tersebut dan memasukkan maklumat tempahan yang berkenaan. Apabila anda membuat tempahan dengan Pembekal Pengangkutan melalui enjin tempahan ini, anda adalah terikat dan dianggap bersetuju dengan Syarat Pengangkutan oleh Pembekal Pengangkutan yang berkenaan. CarTrawler tidak memberikan jaminan atau representasi berhubung dengan mana-mana Pembekal Pengangkutan dan/atau apa-apa Pengangkutan yang ditawarkan atau disediakan oleh mana-mana Pembekal Pengangkutan. Pembekal Pengangkutan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan Pengangkutan yang ditempah melalui enjin tempahan ini kepada anda.

BAYARAN DAN CAJ

Ketepatan mana-mana sebut harga Pengangkutan melalui enjin tempahan ini dan mana-mana tempahan yang dibuat dalam enjin tempahan ini adalah bergantung pada dan tertakluk pada maklumat tempahan yang anda berikan melalui enjin tempahan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada umur pemandu, lokasi dan masa pengambilan dan/atau pemulangan kenderaan).

AKSES PERKHIDMATAN

Walaupun CarTrawler berusaha untuk memastikan enjin tempahan biasanya tersedia 24 jam sehari, CarTrawler tidak akan bertanggungjawab sekiranya enjin tempahan ini tidak dapat digunakan atas apa jua sebab, pada bila-bila masa atau untuk apa-apa tempoh. Akses kepada enjin tempahan mungkin dihentikan buat sementara waktu dan tanpa notis sekiranya berlaku kegagalan sistem, penyelenggaraan, pembaikan atau atas sebab yang di luar kawalan CarTrawler.

SYARAT TEMPAHAN

Sila baca syarat di bawah yang dikenakan kepada tempahan yang anda buat dengan Pembekal Pengangkutan melalui enjin tempahan ini.

A. Membuat Tempahan

CarTrawler beroperasi di seluruh dunia, oleh itu ia menggunakan empat jenis model pembayaran perniagaan untuk tempahan Pengangkutan. Model pembayaran yang tersedia kepada anda semasa membuat tempahan akan bergantung pada lokasi anda dan/atau Syarat Pengangkutan oleh Pembekal Pengangkutan yang dipilih.

Empat model pembayaran perniagaan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Anda membayar deposit tempahan semasa membuat tempahan dan anda membayar bakinya kepada Pembekal Pengangkutan apabila tiba di kaunter Pembekal Pengangkutan sebelum menggunakan Pengangkutan; atau
  2. Anda membayar deposit tempahan semasa membuat tempahan dan bakinya dibayar dahulu sebelum anda tiba di kaunter Pembekal Pengangkutan; atau
  3. Anda membayar keseluruhan kos Pengangkutan semasa anda membuat tempahan dan, bagi kereta sewa, anda hanya membayar harga bahan api (petrol/diesel) dan kemudahan tambahan lain apabila tiba di kaunter Pembekal Pengangkutan; atau
  4. Anda tidak membuat apa-apa bayaran semasa membuat tempahan. Anda akan membayar keseluruhan kos Pengangkutan kepada Pembekal Pengangkutan apabila tiba di kaunter Pembekal Pengangkutan sebelum menggunakan Pengangkutan.

Adalah dimaklumkan bahawa apabila anda tidak membuat bayaran semasa membuat tempahan, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan bayaran tunggakan yang perlu dibayar kepada Pembekal Pengangkutan apabila tiba masanya.

Anda akan dimaklumkan tentang apa-apa bayaran pendahuluan yang diperlukan sebelum melengkapkan tempahan anda. Bagi mengelakkan kekeliruan, harga mana-mana “kemudahan tambahan lain” (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kerusi kanak-kanak, GPS, pemandu tambahan) yang anda perlukan tidak akan dikenakan caj semasa membuat tempahan. Bayaran untuk “kemudahan tambahan lain” mesti dibuat terus kepada Pembekal Pengangkutan apabila tiba di kaunter Pembekal Pengangkutan sebelum mengambil atau menggunakan Pengangkutan. Adalah dimaklumkan bahawa CarTrawler tidak menjamin ketersediaan atau harga mana-mana “kemudahan tambahan lain” yang diminta.

Pada setiap masa, anda bertanggungjawab untuk pembayaran apa-apa perkhidmatan tambahan dan/atau “kemudahan tambahan lain” yang anda minta dan/atau beli serta apa-apa caj tambahan yang berkenaan, termasuk tidak terhad kepada caj tol dan bahan api. Anda juga bertanggungjawab untuk apa-apa caj perkhidmatan dan pentadbiran yang dikenakan oleh Pembekal Pengangkutan yang berkenaan. Kami menyediakan beberapa kaedah pembayaran untuk membuat tempahan melalui enjin tempahan ini bergantung pada lokasi anda, yang akan dipaparkan dengan jelasnya dalam enjin tempahan.

Apa-apa data yang dihantar kepada pemproses bayaran akan dihantar melalui pelayan selamat yang disulitkan. Jika anda perlu melakukan perubahan kepada tempahan anda, anda mesti memaklumkan perkara ini sama ada melalui salah satu kaedah komunikasi yang tersenarai pada Baucar anda atau melalui laman web kami di www.cartrawler.com, dengan memaklumkan CarTrawler tentang butiran tersebut dengan tepat dan jelas. CarTrawler tidak menjamin perubahan itu akan diproses; walau bagaimanapun segala usaha akan dilakukan untuk mencapai hasil yang memuaskan. Perubahan tidak akan diproses selepas mengambil/menggunakan Pengangkutan anda, atau kegagalan untuk mengambil atau menggunakan Pengangkutan anda daripada Pembekal Pengangkutan. Bagi kereta sewa, CarTrawler tidak akan menawarkan bayaran balik wang anda jika anda menamatkan sewaan lebih awal dari masa yang sepatutnya. Sekiranya anda memerlukan tempoh lanjutan untuk sewaan kereta anda selepas mengambil kereta yang disewa (tarikh di luar tempoh pada baucar kereta sewa), anda mesti membayar apa-apa kos tambahan yang dikenakan secara terus kepada Pembekal Pengangkutan pada kadar sewa tempatan yang lazim pada masa itu. Semasa membuat tempahan, anda bertanggungjawab untuk memberitahu Pembekal Pengangkutan, jika perlu, tentang apa-apa keadaan fizikal atau mental yang berkaitan dengan keupayaan anda untuk mengendalikan atau menggunakan Pengangkutan. Sekiranya berlaku kemalangan, anda mungkin tidak dapat membuat apa-apa tuntutan polisi insurans yang berkenaan jika anda gagal memaklumkan keadaan sedemikian kepada Pembekal Pengangkutan.

SEKIRANYA BERLAKU KEGAGALAN UNTUK MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN/ATAU KAD KREDIT, PEMBEKAL KERETA SEWA BOLEH MENOLAK UNTUK MENYERAHKAN KERETA DAN TIADA BAYARAN BALIK WANG AKAN DIBERIKAN.

BAGI KERETA SEWA, SEMASA MENGAMBIL KERETA, ANDA AKAN DIMINTA MENGEMUKAKAN DOKUMEN BERIKUT (I) LESEN MEMANDU PENUH DARI NEGARA ASAL ANDA (KEDUA-DUA BAHAGIAN BAGI LESEN YANG DIKELUARKAN DALAM DUA BAHAGIAN DI UNITED KINGDOM), (II) PASPORT ANDA YANG SAH DAN KAD KREDIT YANG SAH ATAS NAMA INDIVIDU YANG DISENARAIKAN SEBAGAI PEMANDU UTAMA PADA TEMPAHAN. KAD INI MESTI MEMPUNYAI DANA YANG MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG LEBIHAN APA-APA POLISI INSURANS YANG BERKAITAN DENGAN KERETA SEWA (SEBAGAIMANA YANG BERKENAAN), DAN (III) SALINAN CETAK BAUCAR ANDA. SILA SEMAK SYARAT PENGANGKUTAN ANDA UNTUK APA-APA KEPERLUAN SELANJUTNYA DAN/ATAU PILIHAN OLEH PEMBEKAL PENGANGKUTAN DAN/ATAU UNDANG-UNDANG TEMPATAN. SEBAGAI CONTOH, DI UNITED KINGDOM, BUKTI ALAMAT MUNGKIN JUGA DIPERLUKAN.

Jika anda membuat tempahan tetapi tidak mengambil atau menggunakan Pengangkutan (dan tidak membatalkan tempahan tersebut menurut dasar pembatalan yang dinyatakan di bawah), wang tidak akan dikembalikan.

Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya anda menjangkakan ketibaan lewat semasa mengambil/menggunakan Pengangkutan yang ditempah, anda bertanggungjawab untuk menghubungi Pembekal Pengangkutan dan memaklumkan perkara ini.

Sekiranya berlaku pembatalan atau kelewatan penerbangan, CarTrawler tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan apa-apa bayaran balik.

B. Pengesahan Tempahan

Setelah tempahan anda disahkan, CarTrawler akan mengeluarkan baucar Pengangkutan anda (“Baucar”) melalui e-mel bagi pihak Pembekal Pengangkutan. Baucar ini mengandungi butiran tempahan anda dan mesti dicetak dan dikemukakan kepada Pembekal Pengangkutan semasa mengambil/menggunakan Pengangkutan. Jika anda tidak menerima Baucar anda, sila hubungi kami dengan segera. Baucar ini tidak mengandungi butiran caj perkhidmatan atau cukai yang dikenakan oleh Pembekal Pengangkutan atau perkhidmatan tambahan yang anda minta semasa mengambil/menggunakan Pengangkutan dan baucar ini juga bukanlah invois. CarTrawler menyarankan anda memeriksa butiran yang terkandung dalam Baucar dengan teliti (spt. negara, lokasi, tarikh dan tempoh Pengangkutan ditempah). Jika wujud sebarang perbezaan, anda hendaklah memaklumkan perbezaan itu dengan segera sama ada melalui salah satu kaedah komunikasi yang tersenarai pada Baucar anda atau melalui laman web kami www.cartrawler.com, dan memaklumkan CarTrawler mengenai butiran perbezaan tersebut dengan tepat dan jelas. CarTrawler berhak mengubah tempahan selepas Pengangkutan yang berkenaan ditempah oleh anda sekiranya didapati wujudnya kesilapan pada tempahan dan/atau maklumat yang salah dipaparkan melalui enjin tempahan CarTrawler atau dimaklumkan kepada anda dalam Baucar atau dengan cara lain. Apabila ini berlaku, CarTrawler akan berusaha untuk memaklumkan kepada anda dengan secepat yang mungkin, dan anda boleh memilih untuk menerima terma yang dipinda (jika berkenaan) atau, sebagai alternatif, membatalkan tempahan anda dan menerima bayaran balik sepenuhnya. CarTrawler tidak menyimpan Baucar secara fizikal. Walau bagaimanapun, Baucar anda boleh diakses melalui tab “Urus Tempahan” dalam enjin tempahan sekiranya anda ingin mengakses Baucar anda pada bila-bila masa. Anda perlu mencetak salinan Baucar anda dan mengemukakannya kepada Pembekal Pengangkutan sebelum mengambil/menggunakan Pengangkutan. CarTrawler menyarankan supaya anda membaca Syarat Pengangkutan yang dinyatakan secara terperinci dalam Baucar tempahan anda. Syarat Pengangkutan juga tersedia di dalam enjin tempahan ini, namun ia mungkin diubah oleh Pembekal Pengangkutan dari semasa ke semasa.

Nombor tempahan yang disertakan pada Baucar hendaklah dinyatakan dalam semua pertanyaan, pembatalan atau pengubahsuaian tempahan.

C. Pembatalan

Jika anda ingin membatalkan tempahan, anda boleh melakukannya melalui salah satu kaedah komunikasi yang tersenarai pada baucar anda atau melalui laman web kami, www.cartrawler.com lebih awal daripada masa pengambilan/penggunaan Pengangkutan. Sila elakkan untuk membatalkan tempahan anda dengan Pembekal Pengangkutan secara langsung kerana bayaran tambahan mungkin dikenakan. Sila lihat Syarat Pengangkutan untuk butiran tentang dasar pembatalan, apa-apa yuran pengendalian/pentadbiran, dan apa-apa syarat khas yang mungkin dikenakan kepada tempahan anda.

Melainkan seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini, apabila CarTrawler menerima notis pembatalan lebih dari 24 jam sebelum masa pengambilan/penggunaan Pengangkutan yang dijadualkan, bayaran balik sepenuhnya bagi amaun yang telah dibayar akan diberikan. Apabila CarTrawler menerima notis pembatalan tempahan kurang dari 24 jam sebelum masa pengambilan/penggunaan kenderaan sewa yang dijadualkan, sekiranya amaun yang telah anda bayar untuk tempahan tersebut melebihi €50, anda akan menerima bayaran balik bagi amaun tersebut dan yuran pembatalan sebanyak €50 akan ditolak. Apabila CarTrawler menerima notis pembatalan tempahan kurang dari 24 jam sebelum masa pengambilan/penggunaan pengangkutan darat yang dijadualkan, tiada bayaran balik akan diberikan. Harap maklum bahawa dasar pembatalan yang dijelaskan dalam perenggan ini tertakluk pada dasar pembatalan Pembekal Pengangkutan yang dinyatakan dalam Syarat Pengangkutan yang berkenaan dengan tempahan anda. Sila rujuk Syarat Pengangkutan anda untuk sebarang kelainan daripada dasar pembatalan yang dinyatakan dalam perenggan ini. Ia mungkin merangkumi, namun tidak terhad kepada kelainan dalam (i) tempoh notis pembatalan yang diperlukan dan/atau (ii) amaun sebarang bayaran pembatalan yang dikenakan. Sekiranya berlaku pembatalan untuk tempahan yang memerlukan keseluruhan bayaran Pengangkutan dijelaskan semasa ketibaan, maka tiada yuran pembatalan akan dikenakan.

Adalah dimaklumkan bahawa pembatalan atau bayaran balik mungkin tidak dibenarkan untuk sesetengah jenis Pengangkutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bas persiaran, bas dan/atau kereta api. Sila semak dasar pembatalan dan bayaran balik Pembekal Pengangkutan yang berkenaan. Butiran penuh dasar tersebut dinyatakan dalam Syarat Pengangkutan.

Anda bertanggungjawab untuk memastikan dan mengurus pembatalan apa-apa produk dan/perkhidmatan sampingan yang mungkin telah anda beli bersama dengan tempahan Pengangkutan anda. Ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada produk seperti perlindungan Insurans Tanpa Lebihan yang disediakan oleh pihak ketiga.

Sekiranya anda membatalkan atau mengubah tempahan kad kredit/debit, CarTrawler tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian kewangan yang anda alami akibat perubahan dalam kadar pertukaran wang antara masa tempahan asal anda dengan masa pembatalan atau pemindaan selepas itu. Pembatalan tidak dibenarkan selepas masa dan tarikh pengambilan/penggunaan Pengangkutan dijangka bermula.

D. Penentuan Harga Pengangkutan & Kadar Pertukaran

CarTrawler berusaha sedaya upaya untuk memastikan sebut harga untuk Pengangkutan yang dipaparkan melalui enjin tempahan adalah tepat dalam semua aspek penting pada setiap masa, termasuklah tetapi tidak terhad kepada masa anda membuat tempahan Pengangkutan sedemikian melalui enjin tempahan ini. Walau bagaimanapun, CarTrawler dan/atau Pembekal Pengangkutan berhak mengubah harga Pengangkutan selepas Pengangkutan itu ditempah oleh anda, sekiranya terdapat kesilapan yang ketara atau yang tidak dapat dipertikaikan berkenaan dengan sebut harga. Apabila ini berlaku, CarTrawler akan berusaha untuk memberitahu anda dengan secepat yang mungkin, dan anda boleh memilih sama ada untuk membayar harga yang baru atau, sebagai alternatif, membatalkan tempahan anda dan menerima bayaran balik sepenuhnya. Kadar pertukaran asing yang digunakan oleh CarTrawler untuk memaparkan harga dalam mata wang yang anda pilih akan dikemaskinikan dengan kerap. Kadar pertukaran asing yang digunakan oleh syarikat kad kredit atau kad debit anda mungkin berbeza. CarTrawler tidak bertanggungjawab untuk apa-apa percanggahan antara harga yang dipaparkan melalui enjin tempahan ini dengan amaun yang dikenakan oleh syarikat kad kredit atau kad debit anda yang disebabkan oleh kadar pertukaran yang digunakan.

E. Prosedur Aduan

Aduan mesti dimaklumkan melalui salah satu kaedah komunikasi yang tersenarai pada Baucar anda atau melalui laman web kami www.cartrawler.com dan mesti diterima dalam tempoh 30 hari selepas anda selesai menggunakan Pengangkutan (tarikh pemulangan kereta sewa atau tarikh khidmat pengangkutan darat dijadualkan berakhir). Aduan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan diproses. Sekiranya aduan tidak diselesaikan menurut prosedur aduan CarTrawler, anda boleh merujuk Platform Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian di http://ec.europa.eu/consumers/odr untuk maklumat lanjut tentang prosedur penyelesaian pertikaian yang ada.

PAUTAN KE LAMAN PIHAK KETIGA

Enjin tempahan ini mungkin memaparkan pautan ke sumber yang berada dalam pelayan atau laman web yang dikendalikan oleh pihak selain CarTrawler. Penyenaraian apa-apa pautan ke sumber luar bukan dan tidak sepatutnya dianggap sebagai saranan daripada CarTrawler atau jaminan atau representasi bahawa maklumat atau perkhidmatan yang ditawarkan di laman web tersebut akan mempunyai standard tertentu atau sesuai untuk tujuan anda. Hiperpautan sedemikian disediakan untuk rujukan dan kemudahan anda sahaja. Kewujudan hiperpautan dalam enjin tempahan ini ke laman web atau pelayan lain tidak menandakan apa-apa sokongan terhadap bahan dalam laman web atau pelayan tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan yang berkaitan maklumat perjalanan atau perkhidmatan) atau apa-apa kaitan dengan pengendali mereka. CarTrawler tidak mengawal dan tidak bertanggungjawab bagi laman web atau pelayan tersebut atau pihak yang mengendalikan laman web atau pelayan tersebut, dan oleh yang demikian, CarTrawler tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi apa-apa bahan dalam pelayan atau laman web tersebut, atau ketepatan atau kesahan maklumat dalam laman web atau pelayan lain. Anda perlu menggunakan budi bicara anda apabila menggunakan laman web atau pelayan lain dan apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya. Jika anda membuat keputusan untuk mengakses mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan ke enjin tempahan ini, anda melakukannya atas risiko sendiri sepenuhnya. Anda akan meninggalkan enjin tempahan ini dan akan ditujukan ke laman web yang bukan dalam kawalan CarTrawler.

Terma perkhidmatan Google untuk Google Maps (“Google TOS”) mengawal penggunaan anda bagi Google Maps di laman kami. Semasa menggunakan Google Maps, anda mesti mematuhi Google TOS, https://developers.google.com/maps/terms?hl=en.

LIABILITI

Sekiranya berlaku pertikaian antara CarTrawler dengan anda, liabiliti kami kepada anda, jika ada, adalah terhad kepada amaun yang telah anda bayar untuk Pengangkutan. CarTrawler dengan ini mengetepikan sepenuhnya apa-apa jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat), setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, berkenaan dengan kualiti, kesempurnaan, prestasi atau kesesuaian bagi tujuan khusus untuk (i) Pengangkutan yang ditempah melalui enjin tempahan ini dan (ii) enjin tempahan ini dan apa-apa kandungan di dalamnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Pembekal Pengangkutan yang menyertai enjin tempahan ini dan teknologi yang menyokong dan disediakan dalam enjin tempahan ini.

Memandangkan CarTrawler tidak menyediakan Pengangkutan dan dengan demikian bukanlah pihak yang terlibat dalam Syarat Pengangkutan, maka ia tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti (secara langsung atau tidak langsung) kepada anda atau mana-mana pihak lain berhubung dengan terma Syarat Pengangkutan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa isu atau pertikaian dengan Pembekal Pengangkutan. Pertikaian ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada pertikaian yang berkaitan dengan kecederaan diri atau kerosakan kepada Pengangkutan yang berpunca daripada atau yang berkaitan dengan Pengangkutan dan/atau Syarat Pengangkutan.

MELAINKAN IA BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG, BAIK CARTRAWLER MAHUPUN MANA-MANA PENGARAH, PEMILIK, PEKERJA, RAKAN SEKUTU, RAKAN KONGSI PERNIAGAAN ATAU WAKIL KAMI YANG LAIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN ATAS APA-APA KERUGIAN DAN/ATAU KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, SAMPINGAN, PUNITIF DAN/ATAU LANJUTAN YANG BERPUNCA DARIPADA, ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN APA-APA MAKLUMAT, PRODUK, PERKHIDMATAN DAN/ATAU BAHAN YANG DITAWARKAN DAN/ATAU DITEMPAH OLEH ANDA MELALUI ENJIN TEMPAHAN INI. KERUGIAN ATAU KEROSAKAN INI MERANGKUMI, NAMUN TIDAK TERHAD KEPADA KERUGIAN/KEHILANGAN (I) DATA, (II) HASIL PERNIAGAAN, (III) PENDAPATAN, (IV) MASA, (V) SIMPANAN, (VI) KEUNTUNGAN DAN/ATAU (VII) PELUANG DAN/ATAU KERUGIAN DAN/ATAU KEROSAKAN KEPADA HARTA; KEGAGALAN UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN ATAU SIMPANAN YANG DIJANGKA DAN APA JUA BENTUK KERUGIAN EKONOMI YANG LAIN, WALAUPUN JIKA CARTRAWLER TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN SEDEMIKIAN, ATAU KERUGIAN ATAU KEROSAKAN SEDEMIKIAN DAPAT DIJANGKAKAN SECARA WAJAR.

Bagi mengelakkan keraguan, CarTrawler tidak akan bertanggungjawab kepada anda dalam apa jua keadaan untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda alami akibat penggunaan apa-apa maklumat perjalanan, perkhidmatan dan/atau hiperpautan yang dirujuk dalam bahagian ini sebagai “Pautan ke Laman Pihak Ketiga” di atas.

TIADA PENGGUNAAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG ATAU DILARANG

Sebagai syarat untuk anda menggunakan enjin tempahan, anda berjanji kepada CarTrawler bahawa anda tidak akan menggunakan enjin tempahan ini untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh atau bertentangan dengan Syarat Penggunaan atau yang boleh memburukkan reputasi CarTrawler dalam apa jua cara.

UMUR DAN TANGGUNGJAWAB

Dengan menggunakan enjin tempahan ini, anda mengesahkan umur anda layak untuk menempah Pengangkutan dan akan bertanggungjawab atas apa-apa liabiliti yang mungkin anda tanggung hasil daripada penggunaan enjin tempahan ini. Semasa menggunakan enjin tempahan ini, anda memahami bahawa anda bertanggungjawab, dari segi kewangan dan sebaliknya, bagi segala penggunaan enjin tempahan ini daripada anda dan mereka yang menggunakan maklumat log masuk anda. CarTrawler menyarankan anda untuk melindungi maklumat log masuk anda.

TIADA LIABILITI DALAM TRANSAKSI KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT

CarTrawler berusaha untuk memastikan semua transaksi kad kredit dan kad debit yang dijalankan dalam enjin tempahan ini adalah selamat. WALAU BAGAIMANAPUN, jika caj tanpa kebenaran terpapar pada mana-mana penyata kad kredit atau kad debit, bagi mana-mana kad (i) yang anda gunakan semasa proses tempahan dalam enjin tempahan ini dan/atau (ii) yang butirannya anda dedahkan dalam enjin tempahan, CarTrawler tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian dalam apa bentuk sekalipun yang anda alami hasil daripada atau yang berkaitan dalam apa jua cara dengan penggunaan atau pendedahan sedemikian, melainkan bahawa ini tidak akan menjejaskan apa-apa hak statutori yang mungkin anda miliki. Adalah dimaklumkan bahawa enjin tempahan ini dijamin selamat dengan VeriSign. CarTrawler mematuhi sepenuhnya syarat-syarat bagi data pemegang kad yang ditetapkan dalam Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran.

HAK CIPTA, NOTIS DAN LESEN TERHAD

Semua maklumat dalam enjin tempahan ini, termasuk tetapi tidak terbatas kepada kandungan, teks, grafik, imej, nama dagang, struktur, gambar foto, butang, karya seni, kod komputer adalah dilindungi oleh hak cipta, pelbagai undang-undang harta intelektual dan undang-undang di bawah undang-undang dan perjanjian antarabangsa dan hanya disediakan kepada anda untuk tujuan peribadi dalam membuat tempahan Pengangkutan. Melainkan anda sudah menerima persetujuan bertulis daripada Car Trawler yang menyatakan sebaliknya, anda hanya boleh menggunakan enjin tempahan ini dan kandungannya untuk tujuan peribadi dan bukannya tujuan komersial. Anda tidak mempunyai kebenaran untuk mengubah suai salinan, mengedarkan, mengumpulkan, memindahkan, menerbitkan semula atau memaparkan mana-mana maklumat di atas atau apa-apa perkara lain yang dipaparkan melalui enjin tempahan ini untuk apa-apa tujuan, sama ada bersifat peribadi atau komersial. Secara khusus, dengan meneruskan akses kepada enjin tempahan ini, anda bersetuju untuk tidak:

  1. menggunakan enjin tempahan ini untuk membuat apa-apa tempahan palsu atau spekulatif;
  2. menggunakan enjin tempahan ini untuk menyelidik Pembekal Pengangkutan atau harga Pembekal Pengangkutan;
  3. menggunakan apa-apa sistem automatik, robot atau perisian untuk mengambil data daripada enjin tempahan ini;
  4. menggunakan nama CarTrawler atau apa-apa penjenamaan CarTrawler untuk tujuan komersial tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada CarTrawler; dan/atau
  5. menyalin atau menghasilkan semula bahan daripada enjin tempahan ini untuk tujuan komersial.

PENAFIAN

Enjin tempahan ini disediakan kepada anda atas dasar “sebagaimana adanya” dan CarTrawler tidak memberikan jaminan atau representasi yang menunjukkan bahawa (i) enjin tempahan ini atau teknologi (pelayan dll.) yang menjadi asas penyediaan dan yang menyokong enjin tempahan ini akan bebas daripada kecacatan atau kerosakan atau (ii) maklumat yang disiarkan pada enjin tempahan ini bebas daripada jangkitan virus atau apa-apa benda lain yang mengandungi bahan pencemar atau perosak. CarTrawler tidak menerima liabiliti atas apa-apa jangkitan atau kesan daripada aplikasi yang memudaratkan seperti, tetapi tidak terhad kepada virus, trojan, pengacauan, penipuan, pencurian, ralat, kegagalan teknikal, pengetepian, kelewatan, akses tanpa izin atau apa-apa kejadian yang menjejaskan pentadbiran, komunikasi dan integriti yang boleh diterima bagi enjin tempahan ini.

PENGECUALIAN

Kegagalan kami untuk menguatkuasakan mana-mana satu atau lebih Syarat Tempahan ini, pada bila-bila masa atau bagi mana-mana tempoh, tidak akan menjadi pengecualian kepada mana-mana Syarat Tempahan yang sedemikian atau hak yang berkaitan dengan mana-mana syarat ini.

TAJUK DAN CARTRAWLER

Tajuk yang digunakan dalam Syarat Tempahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan tidak akan menjejaskan makna atau skop Syarat Tempahan ini. CarTrawler ialah nama perniagaan yang dimiliki oleh Etrawler dan semua rujukan kepada CarTrawler dalam Syarat Tempahan ini dianggap merujuk kepada Etrawler juga.

PENGUBAHSUAIAN SYARAT TEMPAHAN DAN SYARAT PENGANGKUTAN

CarTrawler berhak, menurut budi bicara mutlaknya, untuk meminda dan/atau mengemaskinikan Syarat Tempahan dan kandungan enjin tempahan ini atas apa jua sebab, tanpa notis awal, dan tanpa liabiliti kepada anda, mana-mana pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga. Hak ini tidak akan menjejaskan Syarat Tempahan yang telah anda terima sebagai pengguna, ketika membuat tempahan yang sah menggunakan enjin tempahan ini. Kami mencadangkan anda menyimpan dan/atau mencetak salinan Syarat Tempahan tersebut semasa anda membuat tempahan untuk rekod anda sendiri. CarTrawler tidak menyimpan salinan Syarat Tempahan untuk setiap tempahan secara fizikal, namun anda boleh mengakses syarat ini pada bila-bila masa melalui Baucar anda atau enjin tempahan ini. Anda hendaklah memeriksa Syarat Tempahan ini untuk melihat apa-apa perubahan setiap kali anda mengakses enjin tempahan ini.

Pembekal Pengangkutan boleh dari semasa ke semasa mengubah Syarat Pengangkutan yang terkandung dalam enjin tempahan ini dan yang disahkan dalam Baucar anda. CarTrawler tidak bertanggungjawab dan tidak akan menanggung liabiliti jika Syarat Pengangkutan yang ada dalam enjin tempahan ini atau dalam Baucar anda telah diubah atau akan diubah oleh Pembekal Pengangkutan pada bila-bila masa.

SYARAT TEMPAHAN UMUM

Syarat Tempahan serta penggunaan dan akses anda kepada enjin tempahan ini adalah dikawal oleh undang-undang Ireland. Mahkamah Ireland akan mempunyai bidang kuasa eksklusif atas semua pertikaian yang timbul antara anda dengan CarTrawler hasil daripada atau berkaitan dengan penggunaan enjin tempahan ini oleh anda. Penggunaan enjin tempahan ini tidak dibenarkan dalam mana-mana bidang kuasa yang tidak menguatkuasakan semua peruntukan Syarat Penggunaan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perenggan ini. Anda bersetuju bahawa tidak wujud perkongsian, penggajian, atau hubungan agensi antara anda dengan CarTrawler hasil daripada Syarat Tempahan ini atau penggunaan enjin tempahan ini oleh anda. Pelaksanaan kami untuk Syarat Tempahan ini tertakluk pada undang-undang dan proses perundangan yang sedia ada. Tiada kandungan dalam Syarat Tempahan ini akan menghalang CarTrawler daripada mematuhi apa-apa permintaan penguat kuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan atau keperluan yang berkaitan dengan (i) penggunaan enjin tempahan ini oleh anda atau (ii) maklumat yang diberikan kepada atau yang dikumpulkan oleh CarTrawler, berhubung dengan penggunaan enjin tempahan ini oleh anda. CarTrawler tidak akan bertanggungjawab kepada anda apabila ia mematuhi permintaan atau keperluan sedemikian. Penggunaan apa-apa maklumat yang diperoleh daripada enjin tempahan ini untuk mengganggu, menganiaya atau memudaratkan orang lain, atau untuk menghubungi, mengiklankan, mendapatkan atau menjual kepada mana-mana pengguna atau individu tanpa persetujuan yang jelas daripada mereka terlebih dahulu merupakan satu pelanggaran Syarat Tempahan ini.

DASAR PRIVASI

Dasar Privasi kami juga merangkumi penggunaan enjin tempahan ini oleh anda http://www.holidayautos.com/en/privacy-policy?c=ie, yang menetapkan terma untuk kami memproses apa-apa data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau yang anda berikan kepada kami. Dengan menggunakan enjin tempahan kami, anda mengizinkan pemprosesan sedemikian dan anda menjamin semua data yang anda berikan adalah tepat.

CarTrawler berhak, menurut budi bicara mutlaknya, untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan anda hendaklah memeriksa dasar privasi ini secara kerap untuk melihat apa-apa pindaan. Apa-apa soalan yang berkaitan dengan perkara ini mesti dimaklumkan melalui salah satu kaedah komunikasi yang tersenarai pada Baucar anda atau melalui laman web kami www.cartrawler.com.